“Tatu yang ada di badan saya ini saya buat sebelum memeluk agama Islam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak membuang tatu ini kerana ia dilarang oleh Islam. Tapi, ingin saya jelaskan bahawa tatu yang ada di badan saya ini bukannya sedikit tetapi boleh dikatakan hampir seluruh badan. Untuk membuang tatu ini, selain menelan kos yang tinggi, ia juga sangat menyakitkan.
Saya memilih untuk tidak membuangnya kerana difahamkan ia tidak wajib kerana bimbang boleh memudaratkan. Walau apa pun, saya percaya Allah memahami situasi saya dan sebagai hambaNya, saya cuba menjadi seorang muslim yang baik,” ulas vokalis Projek Pistol, Boy Clifford berkenaan isu tatunya yang menjadi bualan ramai.
Dalam masa yang sama, Boy juga menafikan dia memeluk Islam semata-mata ingin berkahwin. Sebaliknya memberitahu dia sudah lama dekat dengan ajaran Islam kerana mempunyai keluarga angkat yang beragama Islam.
“Masa kecil dan zaman remaja, saya masih tidak tahu agama mana yang ingin dianuti, tetapi lama-kelamaan saya benar-benar terpikat dengan ajaran agama Islam dan akhirnya pada tahun 2009 saya nekad memeluk Islam. Sebagai saudara baru, memang banyak perlu saya pelajari.
Sebab itu saya cakap tadi, saya tidak rasa mempunyai tatu itu satu masalah besar untuk menjadi seorang Islam. Saya percaya dan yakin, Yang di atas sana tahu isi hati saya dan hanya Dia yang layak menjatuhkan hukum,” ujar Boy berterus-terang.
Sebelum memeluk Islam jejaka ini menggunakan nama Clifford Hugh Joseph. Sebagai seorang muslim, Boy memilih nama Abdullah Omar. ~ Gua
Kalau nak tahu, Tatoo yang dibuat sebelum seseorang tu masuk Islam tak perlu dibuang. Reason sama macam Boy Clifford cakap. Kalau tak percaya, pergi tengok Uztaz Azhar Idrus (URL: http://www.youtube.com/watch?v=vi5lJnWAwMw&feature=related) part 0:35. TQ
BalasPadam