Isteri Ally Iskandar memang mahu kahwin awal

“Saya memang mahu kahwin di usia muda. Bukan tergesa-gesa kerana mendapat lamaran daripada Ally Iskandar. Memang saya tahu dia dikenali ramai, tetapi bukan itu sebab saya setuju menerima lamaran dia. Sebaliknya, saya terpikat dengan Ally setelah melihat cara dia melayan ibunya dengan baik. Pada pertemuan kali pertama, Ally sudah menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki yang saya mahukan,” luah Nurfarahin, isteri kepada Ally Iskandar.

Isteri Ally Iskandar

Dalam masa yang sama, Nurfarahin atau Farah juga mengakui dia mahu berkahwin awal kerana percaya ia membantu dia menjaga diri dan maruah keluarga.

“Dengan adanya seorang suami, saya rasa lebih selamat kerana ada orang yang boleh melindungi saya. Saya percaya Ally mampu menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Dia juga boleh membimbing saya ke jalan yang betul. Mudah-mudahan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” luah Farah lagi.

Sementara itu, Ally sempat memberitahu yang dia dan Farah masih belum memilih destinasi bulan madu kerana masa tidak mengizinkan.

“Farah masih belajar lagi dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan. Selepas ini dia akan kembali ke sana untuk menyambung pengajian. Jadi, kami tidak punya masa untuk berbulan madu dalam waktu terdekat ini. Mungkin mula-mula ini kami akan habiskan masa di Kuala Terengganu sahaja. Selepas itu bercuti di Korea sekejap iaitu ketika saya menghantar dia pulang ke sana. Untuk betul-betul bulan madu, kena tunggu Farah tamat pengajian nanti,” ujar Ally.

Tentang cahayamata, pasangan ini serahkan kepada Allah. Jelas Ally, dia dan isteri tidak merancang. Seandainya ada rezeki, mereka menerima dengan hati terbuka.

# Saya doakan kedua-dua pasangan yang baru mahu mengenali hati budi masing2 ini cepat dapat anak. Mesti cute mute!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top