Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada darah. Ada yang melaporkan ia akibat penyakit kencing tikus. Allahyarham yang merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dimasukkan ke Hospital Ampang pada awal pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.
Keadaan Izwan semakin kritikal pada waktu petang sebelum beliau meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 6.15 petang.
Pengebumian Izwan Pilus turut dihadiri ramai artis tanah air termasuk peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu Hafiz dan Akim serta tenaga pengajar AF, Siti Hajar.
Aril yang merupakan bekas peserta AF7 berkata, pemergian abangnya begitu dirasai malah seolah-oleh seperti suatu mimpi.
"Sudah tiga tahun saya tinggal bersama arwah di Ampang sejak mula menceburi bidang seni dan sudah tentu rindu dengan gurau senda arwah...saya juga terkilan kerana tidak sempat merakamkan duet bersamanya walaupun perancangan itu ada," katanya sedih.
0 ulasan:
Catat Ulasan