Niat Pierre Andre untuk mengahwini gadis berketurunan kerabat diraja yang dikenalinya sebagai kekasihnya sejak lebih tiga lalu, semakin pudar apabila dia akui kini sudah setahun tidak berjumpa dan berhubungan lagi.

Pierre Andre sendiri masih tidak pasti mengenai status hubungan yang terjalin bersama gadis berketurunan diraja tersebut.

"Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun .Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada.Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon," luahnya.

Pertengahan tahun lalu, Pierre akui sedang berkawan dengan gadis tersebut dan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Tidak mahu memberatkan dirinya dengan masalah cinta, Pierre akui dia kini lebih matang berfikir tentang kerjanya sebagai seorang pengarah.

Pierre Andre

"Saya rasa ideologi saya kini sudah berubah. Jika dahulu saya suka lebihkan diri saya dengan soal cinta, berbeza pula kini kerana apa yang penting adalah kerjaya saya.Saya mahu tumpukan diri saya dengan bidang pengarahan. Malah sejak bersama Metrowealth (MIG), saya banyak diberi peluang untuk mengarah.Saya mahu seiring dengan rakan-rakan yang sama-sama mula mengarah dengan saya seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil yang kini sudah semakin berjaya.Jadi saya tidak mahu lagi ketinggalan dan akan berusaha untuk menjadi pengarah terbaik sebaris dengan mereka," katanya lagi.

Di bawah naungan MIG, Pierre sudah pun selesai mengarahkan filem aksi pertamanya iaitu 1 Lawan Satu dan juga berlakon dalam filem 3 Temu Janji dan X serta sedang menjalani penggambaran filem Strawberry Cinta.

Meskipun sudah berada di bawah naungan MIG, namun Pierre berkata dia gembira kerana diberi kebebasan untuk berkarya di luar.

"Walaupun sudah menandatangi kontrak sebanyak 10 filem bersama MIG, namun saya masih lagi boleh berkarya dan mengarahkan filem Aku Kau & Dia yang diterbitakan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top