Orang ramai dijemput ke Program Lebuh Seni Kuala Lumpur Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 pada 28 dan 29 Januari 2012 (Sabtu & Ahad) mulai jam 10.00 pagi hingga 6.30 petang di Jalan Mahkamah Persekutuan (Bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad), Kuala Lumpur.
Saksikan pelbaga produk seni budaya dan warisan menerusi aktiviti pameran, demontrasi dan jualan kraf, lukisan dan makanan traditional termasuk interaktif batik chanting. Persembahan seniman jalanan seperti muzik, nyanyian, tarian, badut dan "buskers" turut dipersembahkan. Program anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ini adalah dengan kerjasama kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya kuala Lumpur.
0 ulasan:
Catat Ulasan