Pelakon seksi Priyanka Chopra mengumumkan bahawa dia akan menjadi penyanyi dan menghasilkan album pertamanya. Selepas pengumuman itu, Priyanka menjalani sesi jelajahnya dua buah negara iaitu di Los Angeles (LA) dan Amerika Syarikat (AS) demi menghasilkan lagu-lagu yang akan dimuatkan di dalam album tersebut.


Apabila ditanya mengenai status album itu, bekas Ratu Cantik Dunia itu mengaku sudah menyiapkan sebahagian besar daripada lagu-lagunya tetapi belum mempunyai tajuk untuk albumnya. Priyanka melahirkan rasa lega, impian selama ini untuk menjadi penyanyi akhirnya tercapai.

"Ia merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam hidup saya. Saya sejak dulu ingin jadi penyanyi. Ayah saya (Dr. Ashok Chopra) merupakan sumber inspirasi saya untuk menyanyi. Dan kini, impian saya sudah tercapai. Saya akan keluarkan lagu single pertama saya sekitar musim panas ini dan sebulan dua kemudian single seterusnya juga akan dikeluarkan," ujar Priyanka teruja.

Menurut Priyanka, dia tidak akan terus mengeluarkan album sebaliknya mengeluarkan lagu-lagu single terlebih dahulu.

Apa yang lebih membanggakan Priyanka yang kini berusia 29 tahun itu, dia juga berkongsi pengurus sama dengan bintang popular Hollywood, Lady Gaga iaitu Tro Carter. Khabar angin juga mengatakan Priyanka mungkin berkolaborasi bersama Lady Gaga dan penyanyi Jay Sean.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top