Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.
Ogy berharap pengacara muda itu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.
"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.
"Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian.
"Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara.
Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.
Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.
Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.
~ Mstar
0 ulasan:
Catat Ulasan