Kareena Kapoor laris sebagai pelakon

Kareena Kapoor dan suaminya, Saif Ali Khan nampaknya belum sempat meluangkan banyak masa bersama-sama kerana masing-masing sibuk dengan penggambaran filem.

Kareena berada di lokasi filem Gori Tere Pyar Mein arahan Karan Johar manakala Saif pula berada di set filem Bullet Raja arahan Tigmanshu Dhulia di Lucknow. Dalam filem itu Saif bergandingan dengan bintang yang sedang meningkat naik di Bollywood iaitu Sonakshi Sinha.


Filem itu mengisahkan kegiatan mafia dan dunia gelap gangster di Uttar Pradesh, India.

Tahun ini juga kali pertama Kareena dan Saif menyambut Perayaan Holi atau Festival Warna sebagai suami isteri tetapi kerana kesibukan mereka tidak dapat meraikannya bersama-sama.

Kareena yang berpasangan dengan Imran Khan dalam filem terbaru lakonannya itu bercadang untuk menyambutnya bersama hero kacak itu.

"Saya akan menyambut Holi dengan Imran kerana Saif berada di Lucknow.

Kami masing-masing memahami kesibukan yang ada dan saya tidak rasa jauh hati pun tidak dapat menyambut perayaan itu dengan Saif. Dia berada di Lucknow untuk bekerja, bukannya bersuka ria," katanya.

Menjawab satu soalan, jelas Kareena, perkahwinannya tidak merubah kehidupannya sebagai pelakon yang mendapat bayaran paling tinggi di Bollywood.

"Semuanya sama saja bagi saya. Zaman dulu pun ramai aktres Bollywood yang meneruskan kerjaya mereka meskipun sudah berkahwin misalnya Waheeda, Rehman, Sharmila dan ramai lagi. Walaupun berstatus isteri, mereka masih mendapat tawaran berlakon dalam filem yang bagus.

"Media yang suka membuat tanggapan perkahwinan akan mengubah kehidupan aktres.

Peminat masih mahu menonton heroin kesukaan mereka walaupun pelakon itu sudah berkahwin, apa yang penting terus paparkan mutu lakonan yang mantap.

"Saya berlakon sejak kanak-kanak dan ia adalah pekerjaan yang paling saya suka dan tak kisah kalau saya mati di set filem sekalipun," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top