TVXQ! Live World Tour "Catch Me' 

Kumpulan K-Pop, TVXQ  yang dibarisi dua jejaka kacak iaitu Yunho dan Changmin bakal beraksi buat pertama kalinya di Malaysia sempena TVXQ! Live World Tour "Catch Me' pada 15 Mei 2013.

Selepas kumpulan berkenaan mendiamkan diri lebih 6 tahun dalam arena muzik K-Pop, mereka tampil unik dan bertenaga dengan memperkenalkan album terbaru mereka berjudul Catch Me yang telah dilancarkan pada 2012.

Dalam mempromosikan album berkenaan, konsert yang julung kalinya diadakan di Malaysia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Difahamkan, tiket konsert tersebut akan mula dijual secara rasmi pada 16 Mac ini.

Sungguhpun sudah lama tidak beraksi dipentas besar, TVXQ mampu menarik minat pemuzik K-Pop dengan konsert yang telah di adakan di Seoul pada Oktober 2012.



Menerusi konsert tersebut, 20,000 tiket telah terjual dalam masa lima minit saja.

Penganjur konsert tersebut iaitu JPM Music berkata, ini adalah masa yang sesuai bagi peminat tempatan meraikan kedatangan kumpulan berkenaan yang pertama kalinya muncul di Malaysia.

Kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut, pihak JPM Music bakal menyediakan bas dari stesen KL Sentral ke Stadium Malawati, Shah Alam.

Pengajur bakal memberikan baucer tiket bas, pada hari tiket mula sah dijual atau pun pada hari konsert diadakan.

JPM Music mengumumkan bahawa tiket konsert akan dijual dari harga RM168 hingga ke RM688. Tiket hanya terhad hanya untuk 9,000 saja.

Zone tempat duduk: RM168 -RM688
Rock Zone: RM688
VVIP seating Zone( hanya boleh dibeli di Sungei Wang Plazaatau hubungi JPM Music)
VVIP Rock Zone(free standing, hanya didapati di Sungei Wang Plazaatau hubungi JPM Music pada hari pertama tiket dijual)
Premium Rock Zone(free standing, hanya didapati di Sungei Wang Plazaatau hubungi JPM Music pada hari pertama tiket dijual)

Setiap tiket hanya boleh dibeli di tingkat 6 Sungei Wang Plaza pada 16 Mac 2013 bermula jam 11 pagi sehingga jam 3 petang.

Walau bagaimanapun, tiket VVIP dan Premium Zone boleh dibeli dengan menempahnya menerusi emelticketing@jpmmusic.com.my (siapa cepat dia dapat ) dengan terhad untuk 5 tiket seorang.

Maklumat lanjut sila layari www.jpmmusic.com.my atau hubungi 03-77128690.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top