Uji bakat mencari pelakon Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

Wall’s Cornetto akan mengadakan satu uji bakat untuk mencari bakat-bakat baru untuk membintangi drama bersiri terbaru, ‘Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara’. Uji bakat ini akan berlangsung pada Ahad ini, 3 Mac 2013) bertempat di Berjaya Times Square.

Uji bakat ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai bakat berlakon, menyanyi, dan menari.  Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara akan disiarkan di saluran Astro Ria dan ini merupakan tahun kedua rancangan ini disiarkan. Tema kali ini ialah K-Pop.



Cornetto meneruskan projek ini ke musim kedua susulan daripada maklum balas memberangsangkan daripada uji bakat yang diadakan pada tahun lalu. Cornetto berharap musim kedua ini membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat.

Pengurus Jenama Kanan, Ais Krim Wall’s, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Shawn Tan berkata; “Sebagai salah sebuah pengeluar ais krim terbesar di Malaysia, Cornetto berasaskan teras yang sama sejak dari dulu, iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim dengan golongan masyarakat, tanpa mengira latar belakang, melalui ikatan kasih sayang dan persahabatan. Berpegang teguh kepada teras ini, kami ingin menghidupkan kembali detik-detik istimewa yang telah kita saksikan dalam musim pertama dan menyalurkannya melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara, kali ini dengan tema K-Pop.

Kami sangat berbesar hati dapat membuka peluang bagi belia Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka dalam seni nyanyian, tarian dan juga lakonan. Kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai anak-anak muda Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif melalui siri drama ini. Pada masa yang sama, juri-juri yang terdiri daripada selebriti tanah air yang akan menjadi mentor kepada mereka sehinggalah mereka mencapai kejayaan,” jelas Shawn.

‘Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara’ mengisahkan perjalanan hidup tiga pasangan yang berkongsi minat yang sama iaitu K-Pop. Dalam perjalanan ini, mereka mencari kelebihan diri masing-masing, lantas menyedari potensi yang ada pada diri sendiri untuk menggapai impian dan objektif hidup mereka.

Buat penonton, ‘Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara’ menampilkan beberapa pelakon terkenal yang akan berlakon bersama-sama dengan peserta uji bakat yang telah dipilih. Peserta yang berjaya berpeluang menerima bimbingan daripada barisan juri berpengalaman seperti Yasmin Hani, Alam (juara Showdown 2010) dan Tony Eusoff.

Uji bakat  akan diadakan di perkarangan pintu utama Berjaya Times Square bermula jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Peserta akan diadili berdasarkan keupayaan menyanyi, berlakon dan menari.

Pada hari uji bakat, Cornetto juga akan memberikan 25,000 ais krim sebagai tanda sokongan moral kepada peserta. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook Cornetto, https://www.facebook.com/iluvcornetto.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top