Konsert Jamal Abdillah di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban
Jamal Abdillah akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban  pada 19 April 2013.


Pengurus Besar hotel Mashor Din berkata, kutipan amal konsert solo itu akan disumbangkan kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mengubah suai dan menaik taraf taman permainan kanak-kanak hospital berkenaan.

"Konsert sempena Minggu Setiausaha ini akan bermula 8.30 malam dan dijangka kira-kira 1,200 orang akan menghadirinya," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi popular itu.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau akan mendendangkan kira-kira 20 buah lagu popularnya dalam pelbagai jenis genre muzik pada konsert itu yang akan berlangsung selama dua jam.

"Persembahan saya akan diiringi pemuzik profesional dan saya berharap penonton akan terhibur," katanya.
Tiket berharga RM350, RM180 dan RM99 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.

Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666666 / 06-7666888 / 06-7666210 / 06-7666208.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top