Sinopsis Dark Skies

Filem Dark Skies mengisahkan mengenai pasangan Lacy (Russell) dan Daniel (Hamilton) yang dibayangi kejadian pelik sehinggakan anak-anak mereka Jesse (Goyo) dan Sammy (Kadan Rockett) menunjukkan sikap aneh.

Persoalan mula timbul apabila hanya mereka yang dibelenggu kejadian itu. Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi mengesan `penceroboh' juga tidak dapat mengesan sebarang pergerakan dalam rumah mereka. Lebih parah, mereka juga diganggu alat penggera yang berbunyi secara tiba-tiba.

Kekusutan yang dihadapi terungkai apabila mereka menemui seseorang yang pernah melalui situasi serupa. Kehilangan ramai kanak-kanak secara misteri membuka mata mereka terhadap insiden penculikan kanak-kanak oleh makhluk asing.

Anak bongsu mereka, Sammy, disangkakan orang pertama yang bertemu dengan makhluk asing itu. Sangkaan mereka meleset kerana Jesse yang sebenarnya diburu makhluk itu kerana anak sulung mereka bertemu dengan makhluk terbabit sejak kecil lagi.


DARK SKIES

Arahan: Scott Stewart

Pelakon: Keri Russell, Dakota Goyo, Josh Hamilton, Annie Thurman, Jack Washburn dan Kadan Rockett

Genre: Seram, fiksyen sains

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top