Penyanyi  Nouri direman kes kematian suami di kondominium

Seorang penyanyi wanita tahun 1990-an hari ini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utama dekat Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, turut direman dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita berusia sekitar 19 tahun.

Mangsa berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia berikutan pertengkaran dan pergelutan dalam insiden bermula kira-kira 5 petang.



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top