Kempen Raikan Cinta TV3

Selain drama Kisah Cinta yang bakal mengisi slot Lestary bermula 9 April depan pada setiap Selasa jam 9 malam, kempen Raikan Cinta TV3 turut menghidangkan Sedetik Cinta, Epilog Cinta Khirana dan Buletin Cinta.

Sedetik Cinta yang dibintangi Awal Ashaari, Hanez Suraya, Zaryn Min, Tunku Hanis dan Sofian Bujang bakal menghiasi slot Akasia bermula 3 April depan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam sebanyak 24 episod.

Sebuah lagi drama berat 16 episod, Epilog Cinta Khirana yang membariskan antaranya Tasha Shilla, Nazim Othman, Aliff Aziz dan Fiza Halim akan ditayangkan bermula 10 April ini pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10 malam dalam slot Samarinda.

Drama komedi cinta, Buletin Cinta pula menampilkan antaranya Jep Sepahtu, Saiful Apek, Ya ssin, Anzalna dan Watie Sadali sebanyak 13 episod.

Drama arahan Zulkeflee Said ini akan ditayangkan bermula 3 April pada setiap Rabu jam 9.30 malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top