Sinopsis Tanah Merah, NTV7

Tanah Merah mengisahkan tentang seorang wartawan jenayah, Johanna (Aishah Hoo), yang begitu berdedikasi dalam tugasnya dan sentiasa mempunyai rasa ingin tahun mengenai sesuatu perkara.

Memandangkan tugasnya mengharuskan dia untuk melaporkan tentang jenayah yang berlaku, sifat ingin tahunya mendorong Johanna untuk turut serta menyiasat kes tersebut.

Sekiranya anda penggemar drama siri yang berkisar tentang penyiasatan, luangkan malam Khamis anda untuk menyaksikan siri penyiasatan ‘Tanah Merah’terbitan Filmscape yang bersiaran di saluran NTV7 bermula 4 April, jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang tidak sabar mengetahui kisah lanjut drama bersiri ini, ‘Tanah Merah ‘akan disiarkan secara perdana menerusi portal video no.1 Malaysia –  Tonton – tujuh hari lebih awal iaitu pada 28 Mac 2013 (Khamis) sebelum siarannya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Tanah Merah

Pelakon Tanah Merah: Aishah Hoo, Hakim Yazid, Nazeera Sardi ,Norman Hakim, Wan Raja dan ramai lagi, ‘Tanah Merah’ dianggap satu hiburan yang segar daripada NTV7 kerana ia mengetengahkan genre yang agak berat dan penuh debaran disamping memperkenalkan pelakon baru yang berbakat besar.

Tanah Merah merupakan drama bersiri Melayu berbeza kerana sentuhan dan garapan drama itu menepati kehendak stesen itu yang menjurus kepada penonton urban.


Untuk maklumat lanjut mengenai drama ini, sila layari laman sesawang ntv7 di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook mahupun Twitter.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top