Sinopsis Filem Animasi Bola Kampung The Movie

Bola Kampung The Movie mengisahkan Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.



Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat  bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Bola Kampung The Movie Poster

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.

Trailer Video Bola Kampung The Movie


Filem animasi Bola Kampung The Movie  menelan belanja sebanyak RM 6 juta bakal ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac 2013 yang menggunakan khidmat suara selebriti-selebriti tempatan seperti; Afdlin Shauki, Noh Hujan, Ezlynn, Aizat dan Deanna Yusoff.

Filem ini mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dan untuk pengetahuan korang filem ini juga bakal menembusi pasaran luar dengan tayangan di beberapa negara terpilih seperti Indonesia, Kemboja dan Rusia.

 Lebih info sila klik sini >> "Bola Kampung The Movie"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top