Sinopsis Jack The Giant Slayer

Jack The Giant Slayer mengisahkan peperangan yang dahsyat antara kerajaan manusia diketuai Elmont yang menentang sekumpulan gergasi ditunjangi Fallon.

Pertempuran antara dua makhluk ini bermula apabila Jack `terbuka pintu' antara dua dunia itu selepas biji kacang ajaib berkenaan terkena titisan air. Ia tumbuh menjadi pokok besar yang menujah awan sekali gus menghubungkan kerajaan Cloister dan dunia gergasi bergelar Gantua.

Awalnya, Jack menawarkan diri untuk ke Gantua kerana mahu menyelamatkan Puteri Isabelle yang ditarik ke atas oleh lilitan pokok besar itu. Mereka bersama beberapa pahlawan dikurung oleh gergasi itu, namun akhirnya berjaya melepaskan diri.

Pulang selamat ke Cloister, mereka tidak menyedari bahawa kumpulan gergasi itu sebenarnya mahu membalas dendam dan mengejar mereka ke bawah melalui beberapa pokok kacang baru.

Bagi anda peminat cerita pengembaraan, filem ini tidak seharusnya dilepaskan. Mungkin kesan visual filem ini mengingatkan kita kepada filem seperti Hulk, The Lord of the Rings mahupun The Hobbit: An Unexpected Journey, namun jalan ceritanya tetap unik dan menghiburkan.

Ingatlah apabila gurindam, "Fee... Fye... Foe... Fumm. Ask not whence the thunder comes.

Between Heaven and Earth is a perilous place, home to a fearsome giant race.. " bermula, maka gergasi yang digeruni itu akan muncul bermaharajalela.


Pengarah Jack The Giant Slayer : Bryan Singer

Pelakon Jack The Giant Slayer : Nicholas Hoult sebagai Jack, Eleanor Tomlinson (Puteri Isabelle), Stanley Tucci (Lord Roderick), Ian McShane (Raja Brahmwell), Bill Nighy & John Kassir (Fallon - gergasi berkepala dua) dan Ewan McGregor (Elmont).

Filem blockbuster ini dihasilkan dengan teknologi 3D yang canggih yang pastinya lebih menyeronokkan jika ditonton di pawagam IMAX.

Jack The Giant Slayer Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top