Salih Yaakob telah teruk dikecam akibat sebuah lakonannya bersama Nabil dalam sebuah klip video di YouTube. Kerana kecaman itu ,pelawak dan penyampai radio Sinar FM Salih Yaakob meluahkan hasratnya untuk meninggalkan bidang seni.

“Jiwa saya tidak lagi tertarik dengan kehidupan sebagai artis dan saya memang berhasrat untuk tidak lagi terbabit dalam bidang seni termasuk sebagai penyampai radio.

“Kecaman yang saya terima berikutan pembabitan dalam klip video itu mungkin petunjuk Tuhan untuk saya menamatkan kehidupan sebagai anak seni," katanya yang mengakui sedih membuat keputusan tersebut.

Namun dijelaskan kepada Harian Metro hari ini, hasrat itu sebenarnya sudah terpendam sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa masalah.

Jelas Salih, 52, dia ingin menumpukan lebih perhatian pada keluarga dan juga perniagaan selain memperbanyakkan amal ibadat.

Kontraknya bersama Sinar FM masih berbaki sehingga hujung tahun ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top