Sinopsis Cerita Kita 
Pelakon Cerita Kita : Yana Samsuddin, Pekin Ibrahim, Fezrol Khan, Shima Anuar, Along Eyzendy

Cerita Kita mengisahkan kehidupan Ika (Yana Samsuddin) dan Kamal (Pekin Ibrahim) yang tinggal berjiran dalam satu flat. Persahabatan yang dibina akhirnya bertukar menjadi rasa sayang antara mereka. Ika yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai buku menyimpan impian memiliki sebuah keluarga bahagia.Kamal yang bekerja sebagai mekanik sanggup berhenti kerja dan membuka perniagaan burgernya sendiri.

Cerita Kita

Kisah cinta mereka diuji seketika dengan kehadiran Malik (Fezrol Khan) yang jatuh cinta pada kelembutan Ika. Tanpa disedari, Malik dan Kamal sebenarnya adalah rakan lama dari zaman persekolahan.Dalam masa yang sama, Kamal yang meminjam wang dari ceti haram semata-mata ingin membahagiakan Ika cuba mempertahankan cinta mereka.

Namun Ika yang memikirkan masa depannya memilih Malik atas alasan Malik mampu menjaga dan membahagiakannya dengan keadaan kewangan yang stabil. Ika yang masih memendam perasaan terhadap Kamal berbelah bahagi. Namun, sebuah beg pemberian Kamal mengubah segala-galanya.

Secara keseluruhannya, ‘Cerita Kita’ merupakan sebuah cerita cinta klise yang mendapat sentuhan tersendiri Pierre. Filem ke 74 terbitan MIG ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mac ini.

Judul : Cerita Kita
Pengarah : Pierre Andre

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top