Konsert Nusantara 

Konsert Nusantara bakal dianjurkan bertempat di Istana Budaya (IB) pada 7 hingga 9 Mac 2013.

Konsert yang diilhamkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu akan menghimpunkan penyanyi-penyanyi popular dari dua buah negara atas satu pentas berprestij tanah air.

Menariknya, konsert yang akan diadakan selama tiga hari itu akan menampilkan artis tempatan yang berbeza untuk ketiga-tiga hari.

Persembahan pada 7 Mac akan dijayakan oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Endang S.Taurina, Elly Kassim, Hafiz, Jimmy Palikat dan Bob.

Pada 8 Mac pula, Black, Stacy, Endang S. Taurina dan Elly Kassim sekali lagi akan menghiburkan penonton yang hadir menyaksikan persembahan mereka.

Pada malam terakhir, selain Endang S. Taurina dan Elly Kassim, artis tempatan yang akan menghiburkan peminat mereka adalah Ziana Zain dan Amy Search.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, konsert itu bakal memperlihatkan keintiman antara dua buah negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia.

"Selain dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis popular kedua-dua buah negara, penonton akan dapat melihat perkongsian budaya seni yang sememangnya suatu perkara biasa apabila melibatkan dua buah negara ini," katanya.

Konsert yang bertemakan Kita Serumpun, Kita Bersaudara itu akan memaparkan asimilasi budaya dengan adanya lagu, muzik dan pelbagai jenis tarian dari masyarakat Bugis, Bawean, Aceh, Minang, Jawa, Sunda, Batak dan Mandailing.

Tiket Konsert Nusantara
Tiket-tiket boleh dibeli pada harga antara RM50 hingga RM300 serta boleh didapati di laman web redtix.airasia.com atau http://www.airasiaredtix.com/ dan juga boleh hubungi terus di talian 03-8775 4666.

Konsert Nusantara
Konsert Nusantara mengundang artis terkenal Indonesia Rossa, Elly Kasim dan Endang S. Taurina bergabung dengan artis Malaysia seperti Dato' Siti Nurhaliza, Hafiz, Black dan Stacy. Konsert berlangsung selama 90 minit ini akan menampilkan elemen persembahan kebudayaan suku bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau bagi memperlihatkan perkongsian budaya dalam rumpun Melayu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top