Aaron Aziz menafikan bahawa dia dan pelawak popular, Zizan Razak bermasam muka. Menurut Aaron, dia tiada masalah dengan Zizan dan mereka berkerjasama dengan baik ketika menjalankan penggambaran ‘Abang Long Fadil’ arahan Shafiq Yusoff.

“Saya dengan Zizan baik. Sewaktu penggambaran pun, kami tiada masalah. Biasalah, orang selalu salah anggap bila timbul isu begini,”



Aaron yang tampil sebagai cameo dalam filem terbaru Shafiq Yusoff itu menjangkakan Zizan bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 yang bakal berlangsung tak lama lagi.

“Harapan menang ABPBH tahun ini agak tipis. Saya menjangkakan Zizan atau Johan Raja Lawak berpeluang meraih Bintang Paling Popular memandangkan program Maharaja Lawak mendapat sambutan begitu hebat,” ujar Aaron.

Tambahnya lagi, dia tidak terlalu berharap untuk menang kerana itu semua terpulang kepada undi para peminat.

Aaron bakal menjalankan penggambaran filem ‘Romeo Kota’ arahan Ahmad Idham. Filem aksi komedi ini bakal memulakan penggambaran sekitar hujung bulan ini.

Sementara itu, Aaron turut akui bahawa dia masih mendapat tawaran untuk mengacara namun dia tidak berhajat untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang pengacaraan.

“Saya bukan pengacara dan tidak berhajat untuk menjadi pengacara. Saya buat ‘Fear Factor’ dahulu kerana ia merupakan satu rancangan yang menyeronokkan memandangkan mereka yang terlibat merupakan rakan-rakan artis,” ujarnya mengakhiri perbualan. ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top