Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mendapat anak baby perempuan comel yang ke-2.

Tahniah buat Angkasawan Negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri Datin Dr Halina Mohd Yunos yang selamat menyambut kelahiran puteri kedua mereka - yang lahir tiga minggu lebih awal - pada jam 7.53 petang 19 Januari 2013 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Berita gembira tersebut telah dikongsi pembantu peribadi Dr Sheikh melalui satu kiriman pesanan ringkas.

Dr Sheikh dan Dr Halina, yang telah diijabkabulkan pada 10 Oktober 2010, juga mempunyai seorang anak perempuan, Sophea Isabella yang dilahirkan pada 21 Julai 2011.

Harap rezeki pasangan doktor bahagia ini semakin murah setelah mendapat puteri comel!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top