G-Dragon puji Park Myung Soo

Penyanyi dan komposer popular Korea, G-Dragon memuji pengacara, Park Myung Soo yang mencipta enam lagu dalam masa sebulan.

G-Dragon telah muncul dalam program,  Infinity Challenge, semalam memuji Park Myung Soo dengan mengatakan, "abang sangat bijak.”


Pencipta lagu Heartbreaker yang juga ahli kumpulan Big Bang ini memberitahu, melodi lagu ciptaan Park Myung Soo, Gangbook Fancy Guy boleh membuat ketagih.
“Ia bagus. Melodinya juga membuat kita ketagih,” katanya.

Gangbook Fancy Buy dipersembahkan oleh Jung Hyung Don dijangka untuk bersaing dengan lagu Gangnam Style nyanyian Psy yang sudah menjadi fenomena di seluruh dunia.

Bagi lagu Nogarcia yang dinyanyikan oleh Noh Hong Chul, G-Dragon berkata, “terdapat aliran yang sangat hebat dalam sebuah lagu. Ia amat sesuai dengan Abang Hong Chul.”

Sementara itu, episod Infinity Challenge lalu menunjukkan enam ahlinya mempersembahkan enam lagu Park Myung Soo yang dihasilkan dalam sebulan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top