Wan Norazlin SerikBerkongsi Kisah Peribadi
Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja.

Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini.

"Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini.


"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Wan kini ingin menjalani kehidupan “low-profile” dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi.

Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan.

"Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top