Sinopsis telefilem Haron Ron Ron

Haron Ron Ron berkisar seorang lelaki bernama Haron seorang pemandu teksi berusia 50 tahun dan bujang terlajak yang sentiasa hidup dalam kesempitan. Ini disebabkan sikapnya yang pemalas namun pada satu hari, seorang peguam berjumpa Haron dan menyampaikan satu amanah daripada ayahnya yang bernama Steve Abdullah yang selama ini tidak pernah dikenalinya.

Ayahnya ingin kembali ke Malaysia dan mahu berjumpa dengan Haron setelah 50 tahun menghilangkan diri. Beliau ingin membahagikan hartanya kepada haron dengan syarat Haron harus mencari dua lagi adik kembarnya yang sudah terputus hubungan dengan membawa mereka kembali kepangkuan bapanya.


Haron yang mendengar penjelasan peguam itu terperanjat besar mendengar dan tidak menyangka sama sekali bahawa ayahnya berbangsa Inggeris dan dia mempunyai dua lagi adik kembar. Seorang adik kembarnya bernama Ron Ron berada di Kemboja, manakala seorang lagi dipercayai berada di Sabah.

Haron dikehendaki untuk membawa Ron Ron mereka ke Kuala Lumpur dalam masa seminggu dengan bantuan orang upahan ayahnya yang telah berjaya mendapat maklumat menjejaki keduadua adik kembarnya.

Haron terbang ke Kemboja dan mencari Ron Ron dan berjaya menemui adiknya itu sesudah mengalami pelbagai kesulitan.

Malangnya, Ron Ron tidak mempercayai Haron adalah abangnya walaupun muka mereka serupa. Kegagalan itu membuatkan Haron terbang ke Sabah pula untuk mencari seorang lagi adiknya yang bernama Sahar. Dengan pelbagai usaha dilakukan Haron, dia berjaya menemui Sahar yang menjadi pemandu teksi.

Sekali lagi usaha Haron gagal untuk memujuk Sahar ke Kuala Lumpur atas sebab isteri Sahar lumpuh dan terpaksa menjaga empat anak mereka yang masih kecil. Hasrat Haron untuk menjadi kaya punah dan dia kembali ke Kuala Lumpur dengan penuh kekecewaan.

Namun, suatu hari peguam ayahnya telah membawa Haron berjumpa dengan ayahnya. Di saat itulah kehidupan Haron terus berubah menjadi kaya.

Pelakon Haron Ron Ron: Harun Salim Bachik, Marlin Malili, Man Raja Lawak, Z Zamri, Marlin, Zeema Din, Jazli Hassan, Henzi Andalas dan pelakon dari Kemboja, Soma Pich Chan.

Drama Haron Ron Ron YKS Film Maker Sdn Bhd dengan kerjasama World Evolution Brain Sdn Bhd (WEB) dan Bettercam Sdn Bhd itu juga cuba membuat kelainan apabila penggambarannya selain di lembah Klang dan Kota Kinabalu, ia turut dijalankan di Phnom Penh dan Siem Reap, Kemboja baru-baru ini bagi memantapkan lagi lagi naratif dan corak persembahan visualnya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top