Cinta jarak jauh Hafiz dengan gadis menetap di Mekah

Hafiz Hamidun sudah pun berusia 29 tahun dan membina impian bergelar suami. Hafiz telah bertemu wanita idamannya. Tetapi jarak memisahkan mereka kerana wanita yang dikenali dengan nama Nabila itu menetap di kota suci Makkah bersama keluarganya.


Dua insan itu bertemu di Makkah ketika Hafiz mengerjakan umrah pada Mac lalu. Pertemuan antara mereka tidak disengajakan kerana ia bermula daripada perbincangan perniagaan antara Hafiz dengan bapa Nabila. Keluarga Nabila berasal dari Bandung, Indonesia tetapi sudah lama menetap di Makkah.

Daripada situlah perkenalan bermula dan kali pertama bersua, terdetik di hati Hafiz inilah wanita yang sesuai menjadi penemannya.

“Harap dapat disegerakan perkara (berkahwin) yang baik itu. Saya akan mengerjakan umrah pada Mac ini dan berharap dapat bertemu dengan Nabila dan keluarganya. Nabila masih belajar dan hanya akan menamatkan pengajian lebih kurang dua tahun lagi.

“Hubungan jarak jauh pasti ada dugaannya tetapi saya yakin kalau ada jodoh tidak akan ke mana. Pun begitu saya tidak mahu menjanjikan apa-apa, jika sudah termeterai segala perjanjian antara kami, barulah akan saya maklumkan kepada semua. Harapan saya juga kami dapat diijab kabulkan di hadapan kaabah yang suci itu,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top