Penyanyi 60-an, Datuk Ramli Lazim atau lebih dikenali sebagai L Ramlie semakin stabil selepas sudah hampir tiga minggu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat komplikasi pembengkakan di jantung, paru-paru dan buah pinggang. .

L Ramli penyanyi irama Pop Yeh Yeh yang popular dengan lagu Dara Pujaan dimasukkan hospital tersebut pada sambutan Krismas, 25 Disember lalu.

L Ramli

Beliau dimasukkan ke HTAR selepas mengadu sesak nafas setelah selesai menunaikan solat Subuh. “"Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil, namun tekanan darah saya masih tinggi dan kaki saya juga masih sakit dan tidak boleh berjalan serta memerlukan rawatan fisioterapi," katanya.

 Penyanyi kelahiran Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang itu berkata, biarpun semakin sihat, tekanan darah tinggi menyebabkannya berwaspada daripada melakukan kerja berat. Penyanyi yang popular dengan lagu Dara Pujaan itu berkata, selama dirawat dia menerima kunjungan ramai rakan artis, kenalan, peminat dan saudara-mara yang tidak henti-henti menziarahinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top