Trivia ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)


Pelakon Filem Lelaki Popular

* Anugerah ini paling kerap dimenangi oleh Rosyam Nor, iaitu pada ABPBH 1997/98, 1998/99, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

* Rosyam juga muncul pelakon dengan pencalonan akhir terbanyak, iaitu 10 kali.

* Pemenang lain kategori ini ialah Eman Manan (empat kali), Awie (tiga kali), Que Haidar (dua kali), Sabree Fadzil, AR Badul, Badrul Muhayat, Hairie Othman, Saiful Apek, Rusdi Ramli, Shaheizy Sam dan Aaron Aziz.

Pelakon Filem Wanita Popular

* Erra Fazira ialah pemenang terbanyak bagi kategori wanita. Dia menjulang trofi pelakon filem pada ABPBH 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004.

* Selain itu, Erra juga dicalonkan ke peringkat top 5 dalam kategori ini sebanyak 11 kali.

* Pemenang lain kategori ini ialah Maya Karin (tiga kali), Erma Fatima (dua kali), Ziana Zain (dua kali), Fasha Sandha (dua kali), Fauziah Ahmad Daud, Aznah Hamid, Norlida Ahmad, Ramona Rahman, Datin Sofia Jane, Amy Mastura, Liyana Jasmay dan Lisa Surihani.

* Nasha Aziz pernah dicalonkan sebanyak enam kali pada peringkat akhir kategori ini, tetapi rezeki belum menyebelahi dirinya untuk menggenggam trofi.

<iframe width="540" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/W8m1I5anfJo?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top