Anugerah Razzie ke 33
 Bagi penggemar siri Twilight pasti marah apabila filem pontianak kesayangan mereka mendahului pencalonan Anugerah Razzie ke-33, sebuah anugerah bagi kategori filem terburuk di Hollywood.
Filem yang memakai judul "Breaking Dawn - Part 2" itu mendapat 11 pencalonan, memeranjatkan banyak pihak memandangkan anugerah tersebut hanya memiliki 10 kategori.

 Filem yang mendapat pungutan AS$800 juta (RM2.4 bilion) seluruh dunia itu dicalonkan bagi kategori filem terburuk, aktor terburuk (Robert Pattinson), aktres terburuk (Kristen Stewart), aktor dan aktres pembantu terburuk (Taylor Lautner dan Asley Greene), suntingan terburuk, pengarah terburuk (Bill Condon), lakon layar terburuk dan dua pencalonan bagi kategori penayangan berpasangan.

 Anugerah Razzie akan berlangsung pada 23 Februari, sehari sebelum anugerah terunggul Hollywood, Anugerah Academy ke-85 berlangsung. - DPA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top