Keputusan penuh GDA bahagian dua

Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang dilangsungkan pada hari kedua di litar Antarabangsa, Sepang menyaksikan rapper bertaraf antarabangsa, Psy membolot dua anugerah iaitu Lagu Terbaik GDA dan Lagu Sepanjang Tahun menerusi lagu popular Gangnam Style.

Sungguhpun tidak hadir pada anugerah tersebut, Psy yang diwakili G-Dragon dari kumpulan Big Bang untuk mengambil anugerah sempat meninggalkan pesan dengan mengatakan bahawa dia tidak menyangka lagu berkenaan memberikan impak yang besar bukan saja terhadap dirinya tetapi kepada industri muzik K-Pop (Korean Pop).

Manakala G-Dragon yang hadir tanpa ahli Big Bang yang lain berjaya membawa pulang anugerah Lagu Terbaik GDA dendangan solonya dan Anugerah Popular Ceci.

Selain dua figura popular ini merangkul dua anugerah, bintang baru, Lee Hi turut sama menyinar dengan kategori Artis Baru Paling Menyerlah dan Lagu Terbaik GDA.

Sama seperti penganjuran pada hari pertama, artis yang hadir terlebih dahulu melalui acara karpet merah disusuli dengan sidang media bersama wartawan dari Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.

Pada majlis sidang media tersebut, kumpulan T-ARA hanya menghiasi acara karpet merah tanpa berjumpa media kerana difahamkan mereka perlu bersiap sedia lebih awal untuk persembahan pertama.

GDA bahagian dua ini tampak lebih meriah dengan menampilkan dua pengacara iaitu Lee Hong Ki dari FT Island dan Dasung dari Sister.



Berikut adalah keputusan penuh GDA bahagian dua:

1. Lagu Sepanjang Tahun-Gangnam Style- Psy

2. Lagu Terbaik GDA-
a) T-ARA
b)Miss A
c) Sistar
d) Lee Hi
e) Heo Gak
f) F(x)
g)Big Bang
h) K. Will
i) Secret
j) G-Dragon
K) Psy

3. Artis Baru Paling Menyerlah-
a) Ailee
b) Lee Hi
c) BAP

4. Album Single Terbaik Sepanjang Tahun- Teen Top

5. Bintang Hip Hop Terbaik- Epik High

6. Anugerah Antarabangsa MSN-Big Bang

7. Anugerah Bintang Galaxy-Sistar

8. Anugerah Popular Ceci-G-Dragon

9. Anugerah Paling Stailo- Lee Hong Ki (FT Island)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top