Konsert Gegar 5 Legenda


Konsert Gegar 5 Legenda bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 Februari  2013.

Konsert Gegar 5 Legenda menyaksikan gabungan lima artis rock di era 90an, iaitu Saleem (Iklim), Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa).


Ia diterbitkan oleh IB dengan kerjasama kelima-lima artis terlibat.

Dalam pada itu, Pengarah Persembahan, Lokman Ghani berkata, konsep konsert itu nanti akan mengangkat kenangan dan kegemilangan era rock balada yang pernah mengangkat nama mereka di kalangan peminat.

Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan akan dibahagi dalam dua segmen.

"Apa yang pasti hanya seleksi lagu terbaik akan dipilih untuk dipersembahkan kepada penonton dan pada masa ini kami masih lagi memilih lagu apakah yang akan dibawa mereka pada malam itu nanti.

"Susunan muzik juga akan diubah bagi disesuaikan dengan orkestra yang akan mengiringi mereka pada malam itu nanti," jelasnya.

Sementara itu, Rahmat yakin persembahan itu nanti akan meninggalkan kenangan indah buat penonton yang hadir pada tiga malam persembahan.

Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top