Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa mengisahkan Zain Hakimi (Ryzal) yang terpaksa bernikah dengan Ersalina (Nelly) selepas pengantin perempuan lari. Semuanya mampu berlaku dalam sekelip mata dan tak dirancang. Itulah yang terjadi di antara Zain Hakimi dan Ersalina yang disatukan keluarga mereka atas dasar kepentingan masing-masing.

Kedua-duanya 'anak emak'. Hubungan yang rapat antara ibu dan anak membuatkan Zain mahu pun Ersalina sentiasa bersedia mengikut kehendak ibu mereka dengan rela. Walaupun akhirnya perasaan mereka yang akan kecewa dan terluka.

Perkahwinan terbina bukan atas dasar cinta itu akhirnya menemukan perasaan kasih di dalam dua hati. Namun saat Zain ingin menyatakan rasa cinta, dia terpukul dengan berita kehamilan isterinya sedangkan belum pernah menyentuh Ersalina.

Ersalina rela dipersalahkan, namun nekad untuk setia ke akhir hayat terhadap Zain yang menyelamatkan maruahnya.

Mampukah bibit cinta yang lahir tak disangka antara mereka bertahan?

Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah karya adaptasi daripada novel nukilan Fatin Nabila.

Pelakon Setia Hujung Nyawa menampilkan pelakon Nellydia Senrose, Amar Asyraf,Hairul Azreen, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan

Drama Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa di TV3 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, 24 episod ini disiarkan mulai 24 Disember 2012 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam menerusi slot Akasia.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top