Justin Bieber masih mengingati bekas kekasihnya, Selena Gomez walaupun hubungan mereka sudah pun berakhir.

Menerusi album terbarunya, Believe Acoustic yang memuatkan 11 lagu popularnya yang dibawakan secara akustik, Bieber menyelitkan sebuah single untuk Gomez berjudul Yellow Raincoatyang telah dimuat naik menerusi Youtube. Lirik lagu tersebut mengisahkan mengenai bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Justin Bieber

Menurut sumber, album ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa artis dan pemuzik popular seperti Rihanna, Big Sean dan Tom Strahle yang pastinya memberikan kelainan pada album tersebut.

“Album ini juga dihasilkan oleh Bieber untuk berkongsi luahan hati mengenai kehidupan peribadi bersama peminat setianya,” kata sumber.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top