Sinopsis Planet Kiara, TV3

Planet Kiara mengisahkan sebuah robot bernama PSN-ONE yang dicipta khas oleh Profesor Zul bertujuan untuk menangani masalah harian dengan menggunakan penyelesaian ilmu sains. Kepandaian PSN-ONE telah mendapat perhatian Profesor El Cid. Ini membuatkan Profesor El Cid mengarahkan orang suruhannya, Rossa menculik PSN-ONE.



PSN-ONE berjaya melarikan diri daripada Profesor El Cid dan Rossa hingga menemukannya dengan kanakkanak berusia 10 tahun iaitu Aril dan keluarganya. Kehadiran PSN-ONE dalam keluarga Aril ternyata melengkapkan lagi keluarga yang sering mempraktikkan gaya hidup serba moden dan canggih ini.

Mereka sering menggunakan gajet terkini serta mengaplikasi ilmu sains dalam kehidupan seharian mereka. Namun, ada kalanya pelbagai masalah dihadapi mereka dalam mengharungi kehidupan seharian.

Dengan bantuan PSNONE, berjayakah mereka menangani masalah-masalah harian menggunakan penyelesaian ilmu sains? Di samping itu, berjayakah PSN-ONE menggagalkan rancangan Rossa untuk menculiknya? Apakah sebenarnya yang dimahukan Profsor El Cid dari PSN-ONE?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Planet Kiara 13 episod yang menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Firdaus Ghufran, Sharifah Sakinah dan ramai lagi mulai 3 Januari depan, setiap Khamis, jam 6.30 petang hanya di TV3!

Trailer Planet Kiara

Planet Kiara menghiburkan penonton di rumah dengan pelbagai infomasi sains yang boleh digunakan dalam kehidupan yang serba canggih ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top