Sinopsis Filem The Last Stand
Filem The Last Stand mengisahkan tentang Sheriff Ray Owens lakonan Arnold Schwarzenegger yang telah meninggalkan jawatan beliau sebagai polis narkotik LAPD selepas satu operasi yang telah mengorbankan keseluruhan pasukan elit beliau.



Disebabkan insiden itu, beliau kembali ke bandar kecil SOMMERTON yang berhampiran dengan sempadan AS-Mexico. Masalah timbul apabila, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) penjenayah kartel dadah yang terkenal telah berjaya melarikan diri dari FBI dan cuba melintasi sempadan ke Mexico dengan menggunakan kereta  Corvet ZR1 . 

Percubaan untuk melepasi sempadan ini mendapat bantuan tentera upahan yang diketuai oleh Burrell Berais (Peter Stormare). Cortez memecut ke arah sempadan AS-Mexico pada kelajuan tinggi melalui pekan kecil Summerton Junction, di mana seluruh penguatkuasaan undang-undang US termasuk Agen FBI iaitu John Bannister (Forest Whitaker) hanya mempunyai satu peluang terakhir buat mereka untuk memintas Cortez sebelum beliau merentasi sempadan buat selama-lamanya. Apakah kesudahan filem ini, saksikan nanti di pawangan yang berdekatan anda.

Filem THE LAST STAND ini merupakan filem terbaru lakonan bintang TERMINATOR dan bekas gabenor California iaitu Arnold Schwarzenegger.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top