Keputusan pemenang AJL 27- Anugerah Juara Lagu Ke-27

Juara Lagu Ke 27

Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)


12 lagu yang berentap pada  Anugerah Juara Lagu Ke-27

1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )

Tahniah diucapkan kepada Yuna selaku pencipta lagu Terukir Di Bintang yang meraih gelaran Juara Lagu di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27). Meskipun tidak beraksi dan digantikan Aizat pada malam pertandingan tersebut, nyata tuah masih memihak kepada Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat untuk projek album terbarunya di bawah tunjuk ajar penerbit muzik tersohor, David Foster.

Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok yang dipersembahkan Azlan & The Typewritter manakala Ku Akui ciptaan Ajai hasil nyanyian Hafiz meraih tempat ketiga. Hafiz juga mencatat sejarah tersendiri apabila mencipta hatrick dalam meraih anugerah Vokal Terbaik di AJL buat kali ketiga berturut-turut.

Sementara itu, gandingan Black dan RJ menerusi Lagu Teman Pengganti dipilih penonton menerusi undian SMS untuk meraih anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut.

Selain itu banyak perkara lain boleh diperkatakan mengenai malam AJL 27. Antaranya penampilan khas aktor Aaron Aziz yang mendukung Adira sewaktu persembahan lagu Ombak Rindu, imej bermisai dan memegang secawan kopi oleh Aizat, penampilan istimewa Marsha Milan Londoh dalam persembahan bertemakan era Victorian oleh Mojo serta entourage meriah oleh Amir Jahari untuk lagu Tanpamu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top