Pelakon popular, Aaron Aziz, 37, perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan bagi memastikan penyakit sakit sendi tengkuk yang menyebabkan lehernya senget sebelah kembali pulih sepenuhnya.

Isterinya, Diyana Halik berkata, doktor yang merawat suaminya menasihati agar Aaron menjalani rawatan fisioterapi segera namun pelakon itu tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan komitmen kerja.


"Memang doktor menyuruhnya untuk menjalani rawatan fisioterapi segera, namun kerana jadual kerjanya yang padat, dia terpaksa menangguh proses rawatan tersebut sehingga tugasnya selesai.

"Buat waktu ini dia sedang terlibat dengan telefilem Suamiku, Encik Perfect 10! sebelum terus ke Cape Town pada awal Oktober ini.

"Selepas tamat penggambaran Fear Factor tersebut, Aaron perlu terus terbang ke New York pula untuk sebuah lagi projek di sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top