Penyanyi dan pelakon, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite sudah sah menjadi isteri kepada penyanyi, Mohd. Aizam Mat Saman atau Adam AF.

Fiza, 32, merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan penyanyi Elite manakala Adam, 30, pula bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakif dengan diwalikan bapa Fiza, Abdul Halim Abdul Aziz. Hantaran yang diterima oleh Fiza ialah sepersalinan set solat dan senaskhah Al-Quran.

Pasangan itu bertemu pada bulan Julai yang lalu dan Adam mengambil keputusan untuk bernikah selepas dua kali pertemuan.

Adam sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak hasil perkahwinan pertama isterinya, pelakon Fiza (Elite) sebelum ini.

Adam, 30, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai satu kelebihan kurniaan Allah dan bersyukur kedua-dua kanak-kanak tersebut cukup rapat dengannya.

"Mereka memanggil saya 'Abi' dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengabaikan kebajikan mereka kerana mereka kini adalah anak saya juga.

"Saya juga tidak kekok menjaga kanak-kanak kerana sebelum ini sudah terbiasa menjaga adik-adik kerana perbezaan umur kami yang agak besar," katanya 

Kata Fiza, anak-anaknya juga cukup menyenangi kehadiran Adam dan ia telah memudahkannya untuk membuat keputusan menerima Adam sebagai suami.

"Ini yang dikatakan jodoh dan saya sendiri tidak pernah menyangka akan menjadi isterinya namun saya berharap perkahwinan kedua ini akan kekal sehingga akhir hayat," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top