Sinopsis Janji Adam
Janji Adam mengkat kisah Adam yang tidak pernah berputus asa untuk menjejaki adik-adiknya yang terpisah selama 20 tahun dan membawa mereka pulang ke pangkuan ibunya. Dalam usianya yang masih mentah, Adam (9 tahun) telah memikul tanggungjawab besar untuk menjaga ibunya, Zainab dan dua adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun) selepas ayahnya meninggal dunia.
Desakan hidup telah memaksa Zainab membuat keputusan yang paling sukar iaitu menyerahkan Asfar dan Raihana kepada keluarga angkat. Sebagai anak sulung, Adam telah berjanji untuk mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan kemelut masalah arwah ayahnya. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.
Kini, Adam bekerja sebagai seorang pelukis grafik di bandar. Zainab yang tinggal di kampung sering sakit sebab tidak sanggup menanggung keseksaan dan kerinduan yang teramat supaya suatu hari nanti, anak-anaknya akan pulang ke pangkuannya.
Suatu hari, Adam telah menerima maklumat mengenai Raihana. Rupa-rupanya gadis yang disangkakan Raihana itu ialah Ayshah. Gerak laku dan pandangan Adam telah menimbulkan sangkaan buruk dan Ayshah telah menegur Adam yang dianggapnya biadab. Lalu, Adam segera meminta maaf dan memberi penjelasan. Sikap lurus Adam telah mencuit hati Ayshah.
Selepas hari itu, Ayshah sering bertembung dengan Adam. Tanpa Adam sedari, Ayshah sering memerhatikannya dan menjadikan Adam sebagai sumber inspirasi dalam penulisan. Ayshah kagum dengan kecekalannya untuk terus menjejaki adik-adiknya walaupun sering berhadapan dengan kekecewaan.
Akhirnya, Adam dan Ayshah mula berkenalan. Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam. Ayshah adalah anak kepada Tuan Zaidi, pemilik sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Ayshah rapat dengan abangnya, Asfar yang identitinya sebagai anak angkat (dia sebenarnya adik lelaki kepada Adam) dirahsiakan daripada Ayshah.
Adam terharu dengan sokongan yang diberikan Ayshah. Keletah Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.
Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.
Pencarian Adam semakin jelas apabila Asfar mengetahui mengenai keluarga kandungnya. Namun, mereka tidak menyangka penantian selama 20 tahun ini menuntut sebuah pengorbanan besar.
Apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah selanjutnya bagi cinta Adam dan Ayshah? Saksikan drama bersiri baru, Janji Adam menerusi slot Azalea di TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang mulai 24 September 2013, semestinya di TV3.
* Penonton yang terlepas menyaksikan Janji Adam boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton. com.my. Layari www.tv3. com.my serta Facebook, Twitter, Instagram & Youtube TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Pelakon: Zul Ariffin (Adam), Elfaezah Ul Haq (Ayshah), Zoey Rahman (Asfar), Fiffy Natasya (Raihana), Kathy Azean (Zainab), Datuk Jalaluddin Hassan (Tuan Zaidi), Zarina Zainuddin (Yuhanis), Emma Akma (Fatimah), Zuhairi Ibrahim (Zahari), Aishah Sudin (Kak Ton), adik Dzedryan Daniel (Adam waktu kecil), adik Muhammad Mirza Ihtisyam (Asfar waktu kecil) dan ramai lagi menerusi Janji Adam di slot Azalea TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang mulai 24 September 2013 selama 20 episod.

0 ulasan:
Catat Ulasan