Produksi animasi tempatan, Two Tones Sdn Bhd mencipta kejayaan tersendiri dalam hasil kerja imej janaan komputer (CGI) apabila karya dokumentari Lost Over France: Malaysia's Unsung Hero akan ditayangkan menerusi saluran televisyen antarabangsa, History Channel pada 15 September ini.

Pengarah CGI, Amru Najmi Osman berkata, pemilihan produksinya menerusi 3line Media bertanggungjawab menjalankan proses CGI seratus peratus memberi cabaran besar untuk memenuhi standard penerbitan saluran berkenaan.

"Bekerjasama dengan pengarah Reza Zainal, proses melakukan CGI pada teknik penerbangan Typhoon lebih jelas kerana sebelum ini ramai tidak pernah menyaksikan penerbangan secara realiti," katanya, semalam.

Menurutnya, kapal terbang Typhoon ini pernah digunakan pasukan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) ketika berlakunya Perang Dunia Kedua.

"Rakaman atau gambar asal Typhoon berperang dengan tentera Nazi memang tiada. Namun, menerusi teknik CGI kita menghasilkan semula situasi itu dari pesawat ini berlepas sehingga berperang di udara," katanya.

Katanya, teknik CGI yang dipaparkan selama enam minit dalam durasi tayangan keseluruhan 90 minit dokumentari ini memberi cabaran menggambarkan empat pesawat Typhoon.

Seramai enam juruanimasi tempatan terbabit dalam dokumentari ini yang mengambil masa selama enam bulan sejak Februari lalu.

Dokumentari ini mengisahkan dua beradik anak tempatan menjadi juruterbang RAF iaitu Henry dan Cyril Tallala dan berdepan Perang Dunia Kedua.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top