Pengarah filem Vikingdom, Yusry atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim, 40, hari ini tampil menjelaskan kontroversi filem Vikingdom terbitan KRU Studios menerusi rakaman video yang dimuatkan di YouTube.
Rakaman video bertajuk Director's Response To Vikingdom's Controversy berdurasi 21 minit 41 saat itu merupakan luahan rasa kekesalan Yusry dan menganggap segala kritikan yang dilemparkan sebagai tidak berasas.
Menurut Yusry dalam video tersebut, adalah tidak adil jika filem arahannya itu disamakan dengan video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
"Tuduhan yang dilemparkan oleh seorang lelaki (Karl EH Seigfried) yang menggelar dirinya sebagai pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian itu sangat berbahaya.
"Apa yang saya perlu katakan filem berkenaan dibuat berdasarkan fantasi dan dia tidak melihat sebarang kesalahan apabila sebuah kisah mitos diolah untuk menjadi lebih menarik.
"Malah setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubah suai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai," katanya.
Pengarah itu membuat penjelasan demikian sebagai menjawab kritikan daripada Seigfried, yang juga seorang pensyarah di Universiti Loyola di Chicago.
Seigfried dalam satu surat terbukanya kepada KRU Studios menerusi laman sosial Facebook filem tersebut menyifatkan kandungan filem tersebut menghina dan menyongsang cerita asal mitos Scandinavia zaman pra-kristian.

0 ulasan:
Catat Ulasan