Penyanyi terkenal Miley Cryus sering mencetuskan kontroversi dan baru-baru  ini mengaku bahawa dia menghisap ganja, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Penyanyi berusia 20 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi wawancara dengan majalah Rolling Stone edisi 10 Oktober ini.

Bekas bintang Studio Disney, Hannah Montana memberitahu majalah itu bahawa ganja merupakan dadah terbaik di dunia berbanding dadah-dadah lain.

Cyrus pernah dilaporkan menghisap rokok yang dipercayai mengandungi ganja pada April lalu semasa dia bersama beberapa rakan bercuti di Miami.

Pada Februari lalu, sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram turut mencetuskan kontroversi kerana ia kelihatan seperti Cyrus menghisap rokok ganja.

Namun, bekas tunang aktor terkenal, Liam Hemsworth itu menafikan berita berkenaan.

Cyrus semakin popular selepas kontroversi dia berbogel dan berpakaian seksi menerusi video muzik Wrecking Ball dan Nothing Compares 2 U. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top