Pelakon dan penyanyi Awie menyahut cabaran untuk menurunkan berat badan bagi membawa watak tokoh dan lagenda bola sepak Asia iaitu Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk teater yang berjudul "Supermokh The Muzikal".
Menurut Awie, ketika ditawarkan watak ini oleh penerbit Tall Order iaitu Hans Isaac, beliau tidak mengambil masanya yang lama untuk memikirkannya kerana beliau amat mengagumi keperibadian Allahyarham yang tidak pernah marah jika dikutuk andai permainannya kurang sempurna.
Beliau juga menganggap tawaran yang diterima ini merupakan satu penghargaan buat dirinya namun beliau akui sedikit gementar.
"Bagi saya, Allahyarham bintang yang bukan hanya dihormati peminat sukan tempatan, malah seluruh rantau ini dengan kecermelangannya permainannya. Sudah tentu saya berbesar hati diajukan amanah ini. Bagaimanapun, saya tetap gementar."kata Awie
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman yang juga merupakan vokalis kumpulan Wings akan digandingkan bersama pelakon jelita Maya Karin yang akan memegang watak sebagai isteri kepada Mokhtar Dahari.
Teater "Supermokh the Muzikal" yang menelan kos sebanyak RM3 juta ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada November ini. - sumber dari TUPAI

0 ulasan:
Catat Ulasan