Pelakon Angelina Jolie meramal jangka hayat sendiri dan mengakui hidupnya hanya tinggal tiga tahun lagi.
Kalau betul-betul perkara itu terjadi, mesti ramai peminat akan meratapi pemergian tunang aktor popular, Brad Pitt itu. Dalam masa yang sama, kasihan juga kepada Brad Pitt.
Menjelaskan perkara berkenaan kepada majalah Esquire, Jolie berkata, berdasarkan sejarah kesihatan keluarga sebelah ibunya, rata-rata meninggal akibat barah.
"Keluarga di sebelah ibu semuanya mempunyai jangka hayat yang pendek," katanya menyuarakan kebimbangan itu.
Pada awal tahun lalu, Jolie telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya selepas penemuan gen kanser payudara tahap awal (BRCA1) pada tubuhnya.
Dalam pada itu, satu sumber telah mendedahkan bintang Lara Croft itu telah membuat senarai perkara yang ingin dilakukan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Angelina mahu menikmati hari terakhir dengan sepuas-puasnya. Dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak cepat mati dengan membuang payudara.
"Jolie yang sentiasa merasakan umurnya tidak panjang juga berhasrat untuk membuang rahimnya yang dikatakan turut berisiko dijangkiti barah.
"Jadi, Angelina mahu memastikan dia melakukan perkara yang ingin dilakukannya sebelum dia mati," kata sumber itu.
Turut berada dalam senarai yang ingin dilakukannya adalah berkahwin dengan Brad Pitt.
Dalam perkembangan lain, Angelina kini sibuk dengan filem kedua arahannya, Unbroken.

please,dont die(john
BalasPadam