Fira Ayuni mengisahkan ranjau perjalanan hidup seorang anak gadis berusia 21 tahun bernama Fira Ayuni (lakonan Faralyna Idris). Fira ialah anak tunggal kepada pasangan ahli perniagaan, Datuk Farid (Eizlan Yusof) dan Datin Shamsiah (Fazlina Ahmad Daud).

Sejak kecil, kehidupan Fira sangat bahagia, disayangi dan dimanja sentiasa.

Malah, Datin Shamsiah juga menghantar Fira ke sekolah muzik pada setiap petang sehingga muzik sebati dalam hidupnya.

Selain meminati muzik, Fira bercita-cita untuk bergelar ahli perniagaan seperti ayahnya. Untuk itu, Fira melanjutkan pelajarannya dalam bidang pengurusan perniagaan di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Walaupun sejak kecil dibesarkan dengan kemewahan, kehidupan Fira di kolej sederhana saja. Di kolej itu, Fira mempunyai musuh ketat iaitu seniornya sendiri, Duqqi Amani (Azlee Khairi).

Sejak hari orientasi lagi Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan Fira.

Duqqi Amani, 23 tahun, juga berasal dari keluarga berada yang memiliki rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara.

Disebabkan selama ini dia digilai perempuan hanya kerana harta keluarganya, Duqqi sengaja merubah cara hidupnya. Dia hanya ke kelas menaiki kereta lama.

Kebahagiaan Fira mula direntap selepas Datin Shamsiah meninggal dunia akibat kanser usus. Farid tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya kerana terlalu sibuk dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya.

Sejak itu, Farid sudah tidak mempedulikan Fira Ayuni lagi. Daripada seorang bapa yang penyayang, Farid menjadi seorang yang murung dan baran terhadap Fira.

Fira merantau dari satu tempat ke satu tempat mencari ketenangan dan cuba merawat kembali hatinya sehingga tiba di satu kawasan di pinggir ibu kota.

Fira terjumpa dengan bekas pengasuhnya dulu, Makcik Hasnah (Laila Nasir).

Fira menceritakan segala apa yang berlaku kepada Hasnah.

Hasnah sangat terkejut dan bersimpati lantas mena- warkan Fira untuk tinggal bersama-sama serta berjanji membantunya mendapatkan pekerjaan.

Kali pertama dipertemukan dengan Fira, menerbitkan rasa cinta di hati Hadi Herwan (Shah Iskandar). Dia terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Fira selain ketangkasan dalam bekerja turut menarik minatnya terhadap gadis itu.

Sejak itu, perhatian Hadi sering dilebihkan kepada Fira berbanding pekerja lain. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita (Intan Ladyana).

Duqqi dan Fira ditangkap khalwat ekoran perbuatan Duqqi yang mahu mengenakan Fira. Rozita geram rancangannya tidak menjadi tetapi berpuas hati selepas melihat Hadi kecewa apabila Fira ditangkap khalwat.

Fira akhirnya mengetahui Duqqi sebenarnya ialah adik Hadi. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul Fira Ayuni, mulai 24 September ini, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3.

Jika terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi portal www.tonton.com.my.

Pelakon: Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana, Datuk Eizlan Yusof, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top