Hairul Azreen Idris enggan bercerita lanjut mengenai desas-desus hubungannya dengan pengacara dan pelakon, Hanis Zalikha.
Bagi jejaka berusia 25 tahun ini, pendirian itu menjadi pegangan kerana dia sudah bosan mencanangkan kisah peribadi untuk tatapan umum.
Bukan kerana pelakon mesra disapa Hairul ini mahu mengelak, tapi kegagalan hubungan lalu membuatkan dia lebih berhati-hati.
"Selepas kes (hubungan) lalu, saya sudah malas hendak kecoh-kecoh mengenai cerita peribadi termasuk gosip dengan Hanis.
"Saya sedar orang bercakap mengenai perkara ini, tapi sama ada ya atau tidak kami bercinta, terpulang pada orang. Orang boleh anggap apa saja kerana hanya saya tahu kebenarannya," katanya.
Menurutnya, pada fasa ini dia lebih selesa mengunci mulut daripada menjaja cerita belum pasti hala tujunya.
"Saya dan Hanis memang kawan rapat. Kami sudah kenal lama, tapi hanya rapat semula awal tahun ini sejak saya solo.
"Namun, ketika ini saya berani katakan kami belum sampai ke tahap bercinta. Kalau kata rapat itu memang betul, tapi bercinta belum lagi," katanya.
Tambah Hairul, jika mereka ditakdirkan bercinta kelak, dia tidak mahu menunggu lama untuk berkahwin.
"Setakat ini memang tiada apa-apa. Orang hanya boleh buat andaian sebab kami rapat. Itu tak bermakna kami bercinta.
"Kalau betul ada bibit-bibit cinta nanti, kahwin terus lagi elok daripada bercinta tanpa ikatan sah," katanya yang menyenangi kepintaran dimiliki pengacara AF Buzz itu.
Ketepikan soal hubungan, Hairul berkata, tumpuannya kini terarah pada mengukuhkan kerjaya dan kewangan daripada `menjual' kisah peribadi.
"Banyak yang saya belajar daripada kesilapan lalu. Sekarang saya mahu lebih fokus pada kerja dan perniagaan yang beroperasi tidak lama lagi.
"Berkawan rapat dengan Hanis banyak membuka mata saya mengenai selok-belok perniagaan dan kehidupan.
"Pendek kata, dia juga banyak memberikan idea mengenai soal penampilan saya sekarang," katanya.
Terbaru, pelakon yang berjinak dalam pengacaraan ini berkata, dia kini menjalani penggambaran sebuah program permainan televisyen untuk RTM.
"Saya baru selesai penggambaran telefilem Rumah Banglo Seksyen 2 dan menjadi peserta program Betul Ke Bohong. Sekarang saya menjadi pengacara bersama Ain AF untuk sebuah program permainan TV.
"Ini pengalaman kedua dalam pengacaraan selepas program Xtreme tidak lama dulu. Selepas itu, saya kembali ke set penggambaran sebuah telefilem pula," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan