Berikutan penangguhan Konsert Pelangi Untukmu yang sepatutnya dijayakan penyanyi Ning Baizura esok, ramai yang mengandaikan persembahan itu ditunda ke November depan berikutan tidak mendapat sambutan.
Biarpun penyanyi bersuara soprano itu sudah mengeluarkan kenyataan bahawa penangguhan itu dibuat kerana ingin menyanyikan dua lagu baru yang belum dirakamkan pada konsert itu nanti, ramai yang masih mempersoal kenyataan ibu kepada bayi lelaki comel ini.
Ketika diajukan pertanyaan kepada si empunya diri, Ning mempertahan alasan penangguhan konsert berkenaan. Namun, Ning mengakui faktor kurang promosi turut mempengaruhi keputusannya menunda persembahan itu hingga November.
"Selepas mengumumkan tarikh konsert itu, barulah saya sedar tarikh itu sangat singkat. Lazimnya, sebelum sesuatu konsert diadakan, penganjur akan mengambil masa beberapa bulan untuk mempromosikannya.
"Saya akui kami tiada banyak masa untuk melakukan perkara itu," katanya. Dengan tempoh dua bulan ini, Ning berkata, dia akan mempromosikan konsert itu habis-habisan, sekali gus merancang pelbagai strategi untuknya.
"Kali ini kami akan mempromosikan konsert itu secara menyeluruh. Buat sesi fotografi, pergi ke stesen radio dan televisyen untuk memaklumkan konsert itu. Semuanya dibuat dengan penuh teliti dan sistematik," kata Ning.
Mengenai dua lagu yang bakal dirakamkan, Ning berkata, jika tiada aral melintang, dia akan merakamkan salah satu lagu itu di Indonesia.
"Saya akan terbang ke Jakarta secepat mungkin untuk merakamkan lagu yang diberi judul Bukan Wanita Sempurna sekali gus membuat muzik videonya sekali.
"Selepas itu barulah saya merakamkan lagu ciptaan Alwyn Santiago. Selepas dua lagu itu siap, ia akan dimuatkan dalam album kompilasi terbaru saya yang juga memuatkan tujuh lagu popular saya yang diberi nafas baru.
"Kiranya Konsert Pelangi Untukmu ini juga adalah sempena dengan kemunculan album kompilasi ini," katanya.
Tiket murah hadiah untuk peminat
Melihat harga tiket yang dikenakan untuk menyaksikan Konsert Pelangi Untukmu, ternyata sangat murah berbanding konsert penyanyi terkenal lain.
Anuar Zain, misalnya dalam konsert Cinta Muzik dan Sanubari mengenakan harga tiket sehingga RM698. Yuna yang mengadakan konsert di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, baru-baru ini mengenakan antara RM80 hingga RM450, manakala konsert Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza antara RM78 hingga RM518.
Bagaimanapun, bagi konsert Pelangi Untukmu, Ning mengenakan harga tiketnya serendah RM50 dan RM75 ringgit.
Ditanya mengenai perkara itu, Ning berkata:
"Konsert ini bukanlah berpaksi kepada keuntungan. Sebaliknya, ia lebih kepada cara saya untuk menghargai peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya," terang Ning.
Konsert yang bakal diadakan pada 16 November di TM Convention Centre itu bakal menyaksikan Ning beraksi dalam tiga segmen.
Segmen pertama menyaksikan Ning menyampaikan lagu yang menjadi kegemaran ketika Ryan masih dalam kandungan. Untuk segmen kedua, Ning akan mengalunkan lagu yang sering didendangkan ketika Ryan hendak tidur, manakala segmen ketiga adalah lagu nostalgia.
Tiket yang sudah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan di kaunter pembelian. Tiket boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: 03-92228811 atau layari www.ticketcharge.com.my.
INFO
* Ning Baizura Hamzah muncul dengan album pertama berjudul Dekat padamu pada usia 18 tahun pada 1993.
* Album Dekat Padamu memenangi Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, malah Ning diumumkan Artis Baru Terbaik pada majlis anugerah itu.
* Ning sudah mempunyai 11 album solo termasuk tiga album berbahasa Inggeris. Dia juga mempunyai album bersama Sheila Amzah dan Jaclyn Victor berjudul 3 Suara.
* Selain menyanyi, Ning juga mencuba nasib sebagai pelakon dan antara filem yang dibintanginya adalah Gemilang, Maria Mariana 2, Bara, Mimpi Moon, Lady Boss, Malaikat Di Jendela, Azura 2003, Diva, Mualaf dan Magika.
* Ning pernah mengadakan dua konsert solo iaitu Konsert Teguh (1996) di Stadium Negara dan Konsert Ning @KL Live, dua tahun lalu.

0 ulasan:
Catat Ulasan