"Nama anak saya Muhammad sahaja. Muhammad Bin Farid Kamil dan kami panggil dia sayang sahaja. Nama itu dipilih oleh ibu mertua saya dan kami setuju dengan nama tersebut,"ceritanya yang kini banyak menghabiskan masa menetap di kampung halaman Farid, Kedah.

Ditanya mengenai hubungannya dengan ibunya Norsiah Ramli yang dikatakan mengalami masalah namun Diana dengan tenang memohon untuk tidak mengulas mengenai perkara tersebut.

"Mengeni perkara itu, saya tiada apa nak dikomenkan (no comment) terima kasih,"ucapnya sambil menguntum senyuman.

Seperti yang menjadi persoalan bilakah Diana pulang ke Malaysia, aktres muda ini menjelaskan dia telah pulang Malaysia beberapa hari sebelum Aidilfitri yang lalu dan telah menghabiskan masa menetap di Kedah.


"Saya tak ingat tarikh yang sebenar saya pulang ke Malaysia tapi yang saya tahu ia beberapa hari sebelum kita menyambut Aidilfitrin yang lepas. Sepanjang daripada kepulangan itu saya memang menghabiskan masa di Kedah.

"Kehidupan di Kedah lebih tenang dan ini mengingatkan saya tentang persekitaran yang sama di Australia. Jadi saya suka dengan persekitaran yang luar daripada kesibukan kota.

"Kalau lepas ini mengandung lagi saya nak pergi ke lokasi yang tenang seperti ini di mana tiada siapa pun yang mengenali saya," ujarnya lagi.

Diana berkata, dia masih lagi menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia dan bakal menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top