Seorang ahli perniagaan telah membuat laporan polis terhadap pelakon Adi Putra selepas menyedari isterinya mempunyai hubungan sulit dengan pelakon yang berasal dari Singapura itu.
Ahli perniagaan tersebut berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan dan gangguan mental selepas menyedari terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp antara isterinya dan Adi Putra yang mengandungi kata-kata dan gambar lucah Adi sendiri.
Skandal ini terbongkar selepas ahli perniagaan tersebut menyemak telefon bimbit isterinya dan difahamkan mereka berdua baru sahaja berkenalan selama seminggu.
Dalam pada itu, Pelakon Adi Putra turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur selepas dia diugut oleh lelaki berkenaan yang mengaku sebagai suami kepada peminat wanitanya. Adi membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri serta keluarganya.
Adi mendakwa telah menerima panggilan telefon dari lelaki tersebut pada 7 Ogos yang lalu dan menerima ugutan akan menghancurkan kerjaya lakonannya, menceraikan isterinya Aida dan memastikan dia dihalau keluar dari Malaysia.
Adi Putra dan wanita terbabit dikatakan berbalas mesej selain bertukar-tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 ogos yang lalu dengan alasan hanya untuk suka-suka dan mereka berdua tidak pernah berjumpa sebelum ini.
Sumber: Berita Harian

0 ulasan:
Catat Ulasan