Dunia fesyen mungkin lebih sesuai digayakan remaja dan belia, tetapi bagi wanita berusia 75 tahun ini, Jean Woods yang menggayakan rambut ala Hoxton dan gemarkan kasut Dr Martens, dia tidak mempedulikan kata-kata sinis masyarakat.

Begitu juga, Daphne Selfe, 85, model tertua di dunia dan seorang paling bergaya dengan barisan pakaian hebat yang mampu membuatkan orang-orang seperti Cara Delevingne memandang dengan rasa iri hati.


Bagi Gillian Lynne, dia tetap memakai skirt mini pada usia 87 kerana menganggap kakinya `aset terbaik' dirinya.

Mereka tidak bersendirian kerana dokumentari baru di Saluran 4, Fabulous Fashionistas mengisahkan kehebatan pakaian enam pesara - tiada siapa yang membiarkan umur menghalang mereka untuk bergaya.

Kenalan Gillian, Sue Kreitzman, 73, menukarkan cara berpakaian ke bentuk seni - agak literal.

Dia menghasilkan pakaiannya sendiri yang disifatkan sebagai lahir `dari kezaliman dan kesengsaraan fesyen'.


Dengan bingkai cermin mata merah, gelang yang besar, tebal dan warna hitam, dia berkongsi persamaan yang ketara dalam dunia fesyen dengan Rosita Missoni, nenek berusia 70-an yang masih seronok berfesyen.

Kehadiran Jean Barker, Baroness Trumpington, 91, menjadikan kumpulan itu lebih meriah, malah mereka tanpa segan silu menggayakan fesyen terkini di pertunjukan fesyen dan majlis sosial.

"Dia menyelinap di bawah wayar, tetapi saya tidak dapat menahannya kerana dia mempunyai watak tersendiri.

"Dia gemar membelibelah dari katalog. Memang, dia ketagih untuk membeli- belah," kata Sue Bourne yang juga pengarah di sebalik dokumentari itu.

Bagi Bridget Sojourner, 75, ia bukan mengenai katalog, tetapi kedai yang membuat jualan amal itu menyemarakkan semangatnya untuk berfesyen.

Walaupun menerima pencen GBP100 (RM514.36) seminggu, dia menonjolkan cara berfesyen lebih menarik menerusi serban merah lembayung dan permata yang menonjol.

Senarai barangan yang dibelinya termasuk pakaian merah hitam bertenaga, digabungkan dengan barangan kemas sedondon yang menarik perhatian, topi dan pembelian terbarunya, sepasang but Doc Martens berharga GBP4 (RM20.57).

"Semakin tua, sepatutnya kita perlu lebih bergaya. Penampilan adalah sesuatu yang berkaitan dengan identiti dan keseronokan," katanya.

Ia mungkin tidak bermaksud untuk kelihatan lebih muda, tetapi anda tidak sedar mengenainya apabila mengenali Gillian.

Bekas penari balet itu kelihatan 20 tahun lebih muda daripada usianya kerana dia berlatih setiap hari dan masih memakai skirt mini dan seluar leging.

"Jangan biarkan proses penuaan menguasai keperasaan dan jiwa anda," katanya.

Rahsia lainnya untuk kelihatan kekal muda apabila dia mengahwini lelaki yang 27 tahun lebih muda darinya.

Dia mengutuk wanita yang `berputus asa' di usia sepertinya kerana mereka membiarkan keindahan tubuh hilang begitu saja.

"Anda akan melihat mereka bertungkus-lumus untuk lari dari menjadi tua. Semuanya nampak mengendur. Mereka kemudian kelihatan kecewa. Lati han sebagai penari sentiasa mengajar saya untuk berdiri lurus dan tegak.

"Secara kasarnya, haruslah menonjolkan sifat kewanitaan seseorang - dan bagaimana mereka mampu berbuat demikian sekiranya berjalan membengkok tanpa memperagakan tubuh dan payudara mereka," katanya.

Dia tidak kasih orang ramai memandangkan secara sinis apabila memakai skirt pendek.

"Ada yang melihat dengan senyuman dan tergamam kerana bagi saya, kaki adalah aset yang terbaik," katanya.

Ia adalah falsafah yang sama dengan Woods, namun dia mengakui selepas melakukan pembedahan lutut, skirt mini tidak lagi sesuai untuknya.

"Oh tidak. Saya tidak lagi memakai skirt di atas paras lutut. Jika anda berbuat demikian di usia saya, anda perlu berfikir mengenai parut pembedahan di lutut," kata Woods.

Dengan memakai kemeja-T berwarna merah dan skirt kelabu kegemarannya, dia mendandan rambut untuk kelihatan lebih menarik seperti Mary Quant.

Menjadi balu di usia 70, Woods memenuhi kesunyian ditinggalkan suami dengan bekerja di Gap. Namun, kerana dia mahir untuk kelihatan bergaya, dia berhenti bekerja di sebuah butik di Bath.

"Saya menjalani ke hidupan berbeza," tambah Woods yang turut meluangkan masa bersenam dan berlari tiga kali seminggu meskipun lututnya baru diganti. "Ia lebih mencabar," senyumnya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top